Program 40 hari menjelang UPSR

Sudah menjadi kebiasaan bagi semua sekolah di Negeri Terengganu Darul Iman untuk mengadakan Program 40 Hari Menjelang UPSR.. Program ini merupakan pecutan terakhir yang disusun secara rapi sebagai persiapan terakhir untuk semua calon menghadapi peperiksaan umum UPSR.

Pada 2 Ogos yang lepas, pelancaran program ini telah diadakan di dataran perhimpunan sekolah. Semua murid tahun 6 diingatkan untuk memanfaatkan masa yang masih ada untuk melengkapkan diri dengan ilmu supaya mereka dapat menghadapi peperiksaan dalam keadaan bersedia.

Seramai 7 orang calon juga diumumkan sebagai murid target 5A. Selain mempersiap kan diri, murid-murid target ini juga digalakkan untuk membimbing rakan-rakan dalam menjawab soalan-soalan sukar.

Besarlah harapan pihak guru-guru dan ibubapa untuk melihat kejayaan semua murid tahun 6 pada tahun ini. Semoga kita beroleh keberkatan dari-Nya.











No comments:

Post a Comment