KEPUTUSAN UPSR 2011


Keputusan UPSR telah diumumkan pada hari Khamis yang lepas iaitu pada tanggal 17 November 2011. Seramai 14 orang calon yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini. 2 orang daripada kesemua calon berjaya mendapat keputusan 5A. Kesemua calon berjaya mendapat minimum C untuk semua matapelajaran untuk meletakkan Gred Purata Sekolah pada  1.7. Suatu kejayaan yang memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada pihak pentadbir, semua guru, kakitangan sekolah, ibubapa serta anak-anak didik yang telah berusaha dengan gigih. Diharapkan prestasi yang sama dapat dikekalkan pada masa-masa mendatang.