Perkhemahan Unit Beruniform 2012

Pada 12,13 & 14 Julai yang lepas, semua murid-murid tahun 4,5 & 6 telah mengikuti program perkhemahan Unit Beruniform yang telah diadakan di padang sekolah. Seramai 64 orang murid telah berjaya melalui pengalaman pahit manis selama 3 hari 2 malam. Antara aktiviti yang telah diadakan di sepanjang program adalah jungle trekking, pertandingan memasak, kemah bersih dan gajet terbaik serta pertolongan cemas. Selain itu, murid-murid juga didedahkan dengan program kreativiti minda dan aktiviti sahsiah meliputi ceramah motivasi dan keagamaan serta solat berjemaah.












Diharapkan program seperti ini dapat membantu murid-murid menimba pengalaman berharga yang boleh dibawa dan dikenang sehingga dewasa kelak.