Sejarah Sekolah



            Sekolah Kebangsaan Kampung Wa, Dungun didirikan pada tahun 1963. Sesi persekolahan bermula pada tahun 1964. Sebelum itu anak-anak tempatan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jerangau dengan menyusur sungai sejauh 4 Km, Dengan muafakat orang kampung (Kampung Wa, Kampung Pinang, Kampung Padang Ping dan Kampung Lintang) YB Ibrahim Fikri, Menteri Besar Terengganu pada ketika itu telah melawat tapak projek dan meluluskan peruntukan membina sebuah sekolah di Kampung Wa di atas tapak yang ada sekarang.
           
Sekolah ini terletak berhampiran dengan sungai Dungun. Sekarang telah dibina sebatang jalan raya dan memberi banyak kemudahan kepada masyarakat setempat berbanding dahulu. Dari dahulu sehinggalah sekarang keramaian murid sekolah ini lebih kurang 125 orang. Antara sebabnya ialah kerana penghijrahan orang muda ke tempat lain untuk mencari peluang pekerjaan. Walaupun sekolah ini kecil tetapi prestasinya amat cemerlang dalam Kurikulum, Kokurikulum dan aspek pencapaian UPSR setiap tahun.

         Banjir besar telah melanda sekolah ini pada tahun 1981 dan menenggelamkan banyak rekod-rekod, peralatan dan perabot sekolah.
           
         Sekolah ini telah diasas oleh Mohamad bin Kadir (Pak Su Mat) yang telah meninggal dunia pada tahun 1991 ketika berusia 72 tahun.
          
Awal tahun 2002 sebuah makmal komputer telah siap dibina dan digunakan sepenuhnya oleh 162 murid. Kantin baru juga telah member keselesaan dan cantik bagi kemudahan sekolah ini pada alaf ke – 21 ini.



No comments:

Post a Comment