Karnival Bola Jaring 1M1S 2011

Pasukan Bola Jaring 3 on 3 sekolah telah menyertai Karnival 3 on 3 Daerah Dungun yang diadakan di Sk Ketengah Jaya 2. Hasil usaha pemain dan jurulatih, pasukan sekolah berjaya menempatkan diri di final seleum ditewaskan oleh pasukan tuan rumah. Pasukan sekolah terpaksa berpuas hati dengan kedudukan Naib Johan. Semoga kejayaan ini akan mendorong pasukan ini untuk meneruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan pada tahun hadapan.










.

Tentang SKKW

Sekolah Kebangsaan Kampung Wa merupakan sebuah sekolah Gred SKM (Sekolah Kurang Murid) yang terletak dalam daerah Dungun, Terengganu. Purata keramaian murid sekolah ini dalah lebih kurang 130 orang murid. Setiap darjah hanya mempunyai satu kelas dengan bilangan guru sebanyak 13-14 orang setiap tahun.
Kebanyakan murid berasal daripada kampung-kampung sekitar seperti Kampung Wa, Kampung Pinang, Kampung Pinang Baru, Kampung Pinang Luit, dan Kampung Pinang Emas.

Enrolmen Murid 2012

Tahun 1 = 22
Tahun 2 = 15
Tahun 3 = 13
Tahun 4 = 26
Tahun 5 = 16
Tahun 6 = 27

Pra sekolah = 25 orang

Jumlah Keseluruhan = 144 orang










.

Misi dan Visi SKKW



VISI SEKOLAH
 
MEMPERKEMBANG POTENSI DAN CIRI-CIRI KEUNGGULAN INSAN
BAGI MENCAPAI KECEMERLANGAN
ILMU DAN SAHSIAH.
 
MISI SEKOLAH
 
MENINGKATKAN ILMU, KECEKAPAN DAN KUALITI KEPIMPINAN SEKOLAH,
MELAKSANAKAN SEMUA PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH
SECARA BERKESAN, SEIMBANG, DAN HARMONI
BAGI MELAHIRKAN MURID YANG BERKUALITI TINGGI 
DALAM ILMU DAN AKHLAK.  
 
MOTO SEKOLAH
 
ILMU & AMAL 












.

Sejarah SKKW

Sekolah Kebangsaan Kampung Wa, Dungun didirikan pada tahun 1963. Sesi persekolahan bermula pada tahun 1964. Sebelum itu anak-anak tempatan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jerangan dengan menyusur sungai sejauh 4 km. Dengan muafakat orang kampung (Kampung Wa, Kampung Pinang, Kampung Padang Ping dan Kampung Lintang), Yb Ibrahim Fikri, Menteri Besar Terengganu pada ketika itu telah melawat tapak projek dan meluluskan peruntukan membina Sekolah Kebangsaan Kampung Wa di atas tapak yang ada sekarang.

Sekolah ini terletak berhampiran dengan sungai Dungun, Sekarang telah dibina sebatang jalanraya dan memberi banyak kemudahan kepada masaarakat setempat berbanding dahulu. Dari dahulu sehinggahlah sekarang keramaian murid sekolah ini lebih kurang 125 orang. Antara sebabnya ialah kerana penghijrahan orang muda ke tempat lain untuk mencari peluang pekerjaan. Walaupun  sekolah ini kecil tetapi prestasinya amat cemerlang dalam Kurikulum, Kokurikulum dan aspek pencapaian UPSR setiap tahun.

Banjir besar telah melanda sekolah ini pada tahun 1981 dan menenggelamkan banyak rekod-rekod, peralatan dan perabot sekolah.

Sekolah ini telah diasaskan oleh Mohamad bin Kadir (Pak Su Mat) yang telah meninggal dunia pada tahun 1991 ketika berusia 72 tahun.

Awal tahun 2002 sebuah makmal komputer telah siap dibina dan digunakan sepenuhnya oleh 162 pelajar. Kantin baru juga telah memberi keselesaan dan cantik bagi kemudahan sekolah ini pada alaf ke-21 ini.

Hubungi Kami

.


SK Kampung Wa,
23000 Dungun,
Terengganu.
Telefon/Fax: 09-8389112
Emel : sekolahkgwa@yahoo.com



.

Sambutan Merdeka Raya SKKW

Pada hari Khamis yang lepas, pihak sekolah telah mengadakan Sambutan Hari Raya peringkat sekolah. Majlis dimulakan dengan Pertandingan Mewarna (Tahap 1) dan Pertandingan Melukis Poster (Tahap 2). Sambutan juga dimeriahkan lagi dengan adanya Kuiz bertemakan Kemerdekaan. Semua yang hadir termasuk murid-murid dan kakitangan sekolah disajikan dengan pelbagai hidangan seperti sate, nasi minyak, laksa, dan byk lagi..

tekun mewarna...

warna-warna sambil kontrol ayu..

awat muka macam seksa ja nk lukih tu...

kanak-kanak pra sekolah makan sate, Guru Besar sambut tetamu...

makan-makan di meja panjang

sempat lagi posing 'peace' sambil makan

 Diharapkan agar sambutan seumpama ini akan dapat diteruskan lagi pada masa-masa yang akan datang...

Alhamdulillah...



Alhamdulillah akhirnya berjaya juga blog rasmi SK Kampung Wa ini diwujudkan. Semoga dengan adanya blog ini, segala info dan maklumat terkini sekolah dapat diakses dengan mudah oleh semua pengunjung...