| Takwim Persekolahan Bagi negeri Kedah, Terengganu & Kelantan |
Takwim Persekolahan 2012
Cuti akhir tahun 2012 hanya tinggal kira-kira 2 minggu. Guru-guru dan murid-murid diharap dapat menyiapkan diri untuk memulakan tanggungjawab masing-masing menjelang bermulanya penggal persekolahan tahun 2012.
KEPUTUSAN UPSR 2011
Keputusan UPSR telah diumumkan pada hari Khamis yang lepas iaitu pada tanggal 17 November 2011. Seramai 14 orang calon yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini. 2 orang daripada kesemua calon berjaya mendapat keputusan 5A. Kesemua calon berjaya mendapat minimum C untuk semua matapelajaran untuk meletakkan Gred Purata Sekolah pada 1.7. Suatu kejayaan yang memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada pihak pentadbir, semua guru, kakitangan sekolah, ibubapa serta anak-anak didik yang telah berusaha dengan gigih. Diharapkan prestasi yang sama dapat dikekalkan pada masa-masa mendatang.
Program Perkhemahan dan Hari Sukan SKKW
Program ini telah diadakan pada 29 September - 1 Oktober 2011 bertermpat di Padang Sekolah . Seramai 54 orang murid menyertai perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan lancar berkat usaha guru-guru dengan kerjasama daripada fasilitator-fasilitator jemputan dari Kelab Fasilitator Pelajar UiTM Malaysia. Antara gambar-gambar yang berjaya dirakam sepanjang program tersebut.
![]() |
| Pihak sekolah menerima cenderahati daripada KEFAJAR UiTM |
![]() |
| Slot motivasi "Saya Hebat" bimbingan KEFAJAR |
![]() |
| Peserta-peserta bergambar bersama Fasilitator KEFAJAR |
Subscribe to:
Posts (Atom)


