| Takwim Persekolahan Bagi negeri Kedah, Terengganu & Kelantan |
Takwim Persekolahan 2012
Cuti akhir tahun 2012 hanya tinggal kira-kira 2 minggu. Guru-guru dan murid-murid diharap dapat menyiapkan diri untuk memulakan tanggungjawab masing-masing menjelang bermulanya penggal persekolahan tahun 2012.
KEPUTUSAN UPSR 2011
Keputusan UPSR telah diumumkan pada hari Khamis yang lepas iaitu pada tanggal 17 November 2011. Seramai 14 orang calon yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini. 2 orang daripada kesemua calon berjaya mendapat keputusan 5A. Kesemua calon berjaya mendapat minimum C untuk semua matapelajaran untuk meletakkan Gred Purata Sekolah pada 1.7. Suatu kejayaan yang memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada pihak pentadbir, semua guru, kakitangan sekolah, ibubapa serta anak-anak didik yang telah berusaha dengan gigih. Diharapkan prestasi yang sama dapat dikekalkan pada masa-masa mendatang.
Subscribe to:
Posts (Atom)