Takwim Persekolahan 2012

Cuti akhir tahun 2012 hanya tinggal kira-kira 2 minggu. Guru-guru dan murid-murid diharap dapat menyiapkan diri untuk memulakan tanggungjawab masing-masing menjelang bermulanya penggal persekolahan tahun 2012.

Takwim Persekolahan Bagi negeri Kedah, Terengganu & Kelantan

KEPUTUSAN UPSR 2011


Keputusan UPSR telah diumumkan pada hari Khamis yang lepas iaitu pada tanggal 17 November 2011. Seramai 14 orang calon yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini. 2 orang daripada kesemua calon berjaya mendapat keputusan 5A. Kesemua calon berjaya mendapat minimum C untuk semua matapelajaran untuk meletakkan Gred Purata Sekolah pada  1.7. Suatu kejayaan yang memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada pihak pentadbir, semua guru, kakitangan sekolah, ibubapa serta anak-anak didik yang telah berusaha dengan gigih. Diharapkan prestasi yang sama dapat dikekalkan pada masa-masa mendatang.