Keputusan UPSR telah diumumkan pada hari Khamis yang lepas iaitu pada tanggal 17 November 2011. Seramai 14 orang calon yang menduduki peperiksaan tersebut pada tahun ini. 2 orang daripada kesemua calon berjaya mendapat keputusan 5A. Kesemua calon berjaya mendapat minimum C untuk semua matapelajaran untuk meletakkan Gred Purata Sekolah pada 1.7. Suatu kejayaan yang memberangsangkan. Tahniah diucapkan kepada pihak pentadbir, semua guru, kakitangan sekolah, ibubapa serta anak-anak didik yang telah berusaha dengan gigih. Diharapkan prestasi yang sama dapat dikekalkan pada masa-masa mendatang.
KEPUTUSAN UPSR 2011

Program Perkhemahan dan Hari Sukan SKKW
Program ini telah diadakan pada 29 September - 1 Oktober 2011 bertermpat di Padang Sekolah . Seramai 54 orang murid menyertai perkhemahan ini. Pelbagai aktiviti yang telah dirancang dapat dijalankan dengan lancar berkat usaha guru-guru dengan kerjasama daripada fasilitator-fasilitator jemputan dari Kelab Fasilitator Pelajar UiTM Malaysia. Antara gambar-gambar yang berjaya dirakam sepanjang program tersebut.
![]() |
| Pihak sekolah menerima cenderahati daripada KEFAJAR UiTM |
![]() |
| Slot motivasi "Saya Hebat" bimbingan KEFAJAR |
![]() |
| Peserta-peserta bergambar bersama Fasilitator KEFAJAR |
Karnival Bola Jaring 1M1S 2011
Pasukan Bola Jaring 3 on 3 sekolah telah menyertai Karnival 3 on 3 Daerah Dungun yang diadakan di Sk Ketengah Jaya 2. Hasil usaha pemain dan jurulatih, pasukan sekolah berjaya menempatkan diri di final seleum ditewaskan oleh pasukan tuan rumah. Pasukan sekolah terpaksa berpuas hati dengan kedudukan Naib Johan. Semoga kejayaan ini akan mendorong pasukan ini untuk meneruskan usaha untuk mencapai kecemerlangan pada tahun hadapan.
.
.
Tentang SKKW
Sekolah Kebangsaan Kampung Wa merupakan sebuah sekolah Gred SKM (Sekolah Kurang Murid) yang terletak dalam daerah Dungun, Terengganu. Purata keramaian murid sekolah ini dalah lebih kurang 130 orang murid. Setiap darjah hanya mempunyai satu kelas dengan bilangan guru sebanyak 13-14 orang setiap tahun.
Kebanyakan murid berasal daripada kampung-kampung sekitar seperti Kampung Wa, Kampung Pinang, Kampung Pinang Baru, Kampung Pinang Luit, dan Kampung Pinang Emas.
Enrolmen Murid 2012
Tahun 1 = 22
Tahun 2 = 15
Tahun 3 = 13
Tahun 4 = 26
Tahun 5 = 16
Tahun 6 = 27
Pra sekolah = 25 orang
Jumlah Keseluruhan = 144 orang

Misi dan Visi SKKW
VISI SEKOLAH
MEMPERKEMBANG POTENSI DAN CIRI-CIRI KEUNGGULAN INSAN
BAGI MENCAPAI KECEMERLANGAN
ILMU DAN SAHSIAH.
MISI SEKOLAH
MENINGKATKAN ILMU, KECEKAPAN DAN KUALITI KEPIMPINAN SEKOLAH,
MELAKSANAKAN SEMUA PROGRAM DAN AKTIVITI SEKOLAH
SECARA BERKESAN, SEIMBANG, DAN HARMONI
BAGI MELAHIRKAN MURID YANG BERKUALITI TINGGI
DALAM ILMU DAN AKHLAK.
MOTO SEKOLAH
ILMU & AMAL
.
Sejarah SKKW
Sekolah Kebangsaan Kampung Wa, Dungun didirikan pada tahun 1963. Sesi persekolahan bermula pada tahun 1964. Sebelum itu anak-anak tempatan bersekolah di Sekolah Kebangsaan Jerangan dengan menyusur sungai sejauh 4 km. Dengan muafakat orang kampung (Kampung Wa, Kampung Pinang, Kampung Padang Ping dan Kampung Lintang), Yb Ibrahim Fikri, Menteri Besar Terengganu pada ketika itu telah melawat tapak projek dan meluluskan peruntukan membina Sekolah Kebangsaan Kampung Wa di atas tapak yang ada sekarang.
Sekolah ini terletak berhampiran dengan sungai Dungun, Sekarang telah dibina sebatang jalanraya dan memberi banyak kemudahan kepada masaarakat setempat berbanding dahulu. Dari dahulu sehinggahlah sekarang keramaian murid sekolah ini lebih kurang 125 orang. Antara sebabnya ialah kerana penghijrahan orang muda ke tempat lain untuk mencari peluang pekerjaan. Walaupun sekolah ini kecil tetapi prestasinya amat cemerlang dalam Kurikulum, Kokurikulum dan aspek pencapaian UPSR setiap tahun.
Banjir besar telah melanda sekolah ini pada tahun 1981 dan menenggelamkan banyak rekod-rekod, peralatan dan perabot sekolah.
Sekolah ini telah diasaskan oleh Mohamad bin Kadir (Pak Su Mat) yang telah meninggal dunia pada tahun 1991 ketika berusia 72 tahun.
Awal tahun 2002 sebuah makmal komputer telah siap dibina dan digunakan sepenuhnya oleh 162 pelajar. Kantin baru juga telah memberi keselesaan dan cantik bagi kemudahan sekolah ini pada alaf ke-21 ini.

Hubungi Kami
.
.
SK Kampung Wa,
23000 Dungun,
Terengganu.
Telefon/Fax: 09-8389112
Emel : sekolahkgwa@yahoo.com
.
Subscribe to:
Posts (Atom)