Perkhemahan Unit Beruniform 2012

Pada 12,13 & 14 Julai yang lepas, semua murid-murid tahun 4,5 & 6 telah mengikuti program perkhemahan Unit Beruniform yang telah diadakan di padang sekolah. Seramai 64 orang murid telah berjaya melalui pengalaman pahit manis selama 3 hari 2 malam. Antara aktiviti yang telah diadakan di sepanjang program adalah jungle trekking, pertandingan memasak, kemah bersih dan gajet terbaik serta pertolongan cemas. Selain itu, murid-murid juga didedahkan dengan program kreativiti minda dan aktiviti sahsiah meliputi ceramah motivasi dan keagamaan serta solat berjemaah.












Diharapkan program seperti ini dapat membantu murid-murid menimba pengalaman berharga yang boleh dibawa dan dikenang sehingga dewasa kelak.








Taklimat Persekolahan 2012 untuk Ibubapa

Pihak sekolah telah mengambil inisiatif untuk mengadakan hari pendaftaran dan taklimat persekolahan untuk semua ibubapa. Taklimat ini bertujuan untuk mendedahkan ibubapa tentang perancangan sekolah untuk tahun 2012. Semoga dengan adanya taklimat ini, ibubapa dapat memberikan kerjasama kepada pihak sekolah dalam merencanakan kejayaan murid-murid dalam bidang akademik mahupun ko-kurikulum.



Takwim Persekolahan 2012

Cuti akhir tahun 2012 hanya tinggal kira-kira 2 minggu. Guru-guru dan murid-murid diharap dapat menyiapkan diri untuk memulakan tanggungjawab masing-masing menjelang bermulanya penggal persekolahan tahun 2012.

Takwim Persekolahan Bagi negeri Kedah, Terengganu & Kelantan